Isnin, Januari 18, 2010

Tengok Wayanggg..

Kalau nak cerita pasal tengok wayang ni, aku bukan la kaki wayang sangat. kalau ikutkan sepanjang hidup aku di dunia ni, aku tengok wayang boleh dikira dengan jari tak termasuk jari kaki. Anyway last week aku dah tengok wayang 2 kali, (wah sudah ada kemajuan). Semuanya dek kerana tension ya amat.

So, last week aku tengok la hari Khamis cerita Sherlock Holmes. Aku tengok sorang-sorang jer sebab malas nak ajak orang.Time aku tengok minggu lepas agak ramai dalam panggung tu, 4 orang (hahaha ramai tak). N cerita Sherlock Holmes tak mengecewakan aku. memang aku minat sangat cerita2 bergenre penyiasatan dan detektif. Dalam cerita tersebut mengisahkan seorang penyiasat Lagenda yang sangat hebat. Jalan cerita agak laju tapi menarik dengan aksi2, sesekali aku bergelak sakan (walaupun ada 4 orang jer dalam panggung wayang tu)

Balik dari tengok Sherlock Holmes aku dah plan janji tengok wayang citer Adnan Sempit dengan member baik aku, Chan. Aku ajak dia sorang tapi rupanya dia ajak lagi member-member lain. so total 5 orang la. Aku book tiket online. Esoknya aku p Midvalley, aku tengok ramai orang beratur panjang beli tiket, ahhaha aku nak gelakkan jer. Apa la bodo penat2 beratur panjang2 hehehe. So aku pergi amik tiket kat counter booking.

So far, tgk Adnan Sempit woooww sangat best wooo... bergelak sakan sepanjang cerita. Shaheizy Sam memang best. tambah plak Along Cham, Cat Farish. Angah Raja Lawak menyanyi ikut tema cerita pun menjadikan cerita tu lagi menarik. Anyway cerita tu beri kesan tagline2 baru hehehe " I don't want banana fruit two times" ada lagi "Walaupun saya nampak ganas, saya rempit tapi dalam hati saya ada tamann..." kah3x lawak2... anyway... tonton la Adnan Sempit. Antara Filem Komedi Melayu yang terbaik setakat ni.













Tiket wayang Adnan Sempit

Tiada ulasan: