![]() |
| Gambar Abang Abu, Che Amran, dan Bakar dari Raihan |
![]() |
| abang Bakar dari Raihan tengah lepak minum dengan we all. Gambar gelap tak nampak, snap pakai hanset murah huhu. |
![]() |
| Gambar Abang Abu, Che Amran, dan Bakar dari Raihan |
![]() |
| abang Bakar dari Raihan tengah lepak minum dengan we all. Gambar gelap tak nampak, snap pakai hanset murah huhu. |
inilah gambar kelas aku sewaktu aku berada di tingkatan 5 Ibnu Qayyim, Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang 2002. Cuba teka aku kat mana? hehehe


Sherlock Holmes. Aku tengok sorang-sorang jer sebab malas nak ajak orang.Time aku tengok minggu lepas agak ramai dalam panggung tu, 4 orang (hahaha ramai tak). N cerita Sherlock Holmes tak mengecewakan aku. memang aku minat sangat cerita2 bergenre penyiasatan dan detektif. Dalam cerita tersebut mengisahkan seorang penyiasat Lagenda yang sangat hebat. Jalan cerita agak laju tapi menarik dengan aksi2, sesekali aku bergelak sakan (walaupun ada 4 orang jer dalam panggung wayang tu)
o far, tgk Adnan Sempit woooww sangat best wooo... bergelak sakan sepanjang cerita. Shaheizy Sam memang best. tambah plak Along Cham, Cat Farish. Angah Raja Lawak menyanyi ikut tema cerita pun menjadikan cerita tu lagi menarik. Anyway cerita tu beri kesan tagline2 baru hehehe " I don't want banana fruit two times" ada lagi "Walaupun saya nampak ganas, saya rempit tapi dalam hati saya ada tamann..." kah3x lawak2... anyway... tonton la Adnan Sempit. Antara Filem Komedi Melayu yang terbaik setakat ni.
Salam, dah seminggu rupanya Tahun Baru 2010 menjelma, hari ni 10 Januari 2009 2010. Seminggu berlalu bagaikan langsung tak dirasai. Dah masuk hari ke-10 tahun baru baru nak teringat update Blog ni. huhuhu. Anyway rasanya tak terlewat untuk FR ucapkan Selamat Tahun Baru tahun 2010. Slogan FR sempena tahun baru hari tu “Tahun Baru, Hari Baru, Semangat Baru”. Memang bersemangat FR sambut tahun baru 2010. 10 hari sebelum 2010 dah listkan azam-azam baru termasuk azam-azam tahun 2009. Secara ironinya tahun 2009, lebih 60% azam dan matlamat tak tercapai…. sedihnya. Jadi tahun ni masa untuk berubah.
Malam tahun baru tak kalau ikut perancangan takdelah nak kemana-mana, jauh sekali nak sambut tahun baru kat KLCC, Dataran Merdeka, Bukit Bintang mahupun tempat-tempat sewaktu dengannya. Duk rumah lagi best apa. Tepat jam 10.30 tiba-tiba ada orang call. Oooo… member kampung FR telefon ajak naik ke Bukit Langat @ Bukit Ampang. (Bukit yang boleh nampak view 1 KL. Bukit tu atas bukit area rumah FR. Penduduk tempatan panggil Bukit Langat berbanding Bukit Ampang). So, fikir-fikir, takpelah, why not, naik Bukit Langat sambut Tahun Baru.
11.30 dah naik, seperti yang dijangka, kat atas tu memang sesak. Seperti tahun-tahun lepas jugak, tak kira Merdeka ke Tahun baru ke. Memang pack sampai kereta tak boleh lalu. Last FR sambut Merdeka @ New Year kat atas ni ialah Merdeka tahun 2008. pastu dah malas nak naik. duduk rumah diam-diam lagi best :D.
Dua orang yang berjaya mengheret FR ke Bukit Langat @ Ampang, Amirul dan Chan
Bukit Langat yang sesak dan dan kelihatan bunga api di Kuala Lumpur.
Permulaan Tahun Baru agak baik bagi FR, coz hari pertama jer dah dapat projek baru untuk Arredza Enterprise. So, alhamdulillah dapat diselesaikan dengan baik. Kemudian kerja di ofis seperti biasa. dan beberapa hari lepas sesuatu telah berlaku. Berlaku salah faham dengan customer. Alamak, tak best betul. Baru nak berazam tahun ni nak beri yang terbaik. Takpelah, masa masih panjang kan. Anyway, FR cuba baiki apa yang kurang.