Salam, dah seminggu rupanya Tahun Baru 2010 menjelma, hari ni 10 Januari 2009 2010. Seminggu berlalu bagaikan langsung tak dirasai. Dah masuk hari ke-10 tahun baru baru nak teringat update Blog ni. huhuhu. Anyway rasanya tak terlewat untuk FR ucapkan Selamat Tahun Baru tahun 2010. Slogan FR sempena tahun baru hari tu “Tahun Baru, Hari Baru, Semangat Baru”. Memang bersemangat FR sambut tahun baru 2010. 10 hari sebelum 2010 dah listkan azam-azam baru termasuk azam-azam tahun 2009. Secara ironinya tahun 2009, lebih 60% azam dan matlamat tak tercapai…. sedihnya. Jadi tahun ni masa untuk berubah.
Malam Tahun Baru
Malam tahun baru tak kalau ikut perancangan takdelah nak kemana-mana, jauh sekali nak sambut tahun baru kat KLCC, Dataran Merdeka, Bukit Bintang mahupun tempat-tempat sewaktu dengannya. Duk rumah lagi best apa. Tepat jam 10.30 tiba-tiba ada orang call. Oooo… member kampung FR telefon ajak naik ke Bukit Langat @ Bukit Ampang. (Bukit yang boleh nampak view 1 KL. Bukit tu atas bukit area rumah FR. Penduduk tempatan panggil Bukit Langat berbanding Bukit Ampang). So, fikir-fikir, takpelah, why not, naik Bukit Langat sambut Tahun Baru.
11.30 dah naik, seperti yang dijangka, kat atas tu memang sesak. Seperti tahun-tahun lepas jugak, tak kira Merdeka ke Tahun baru ke. Memang pack sampai kereta tak boleh lalu. Last FR sambut Merdeka @ New Year kat atas ni ialah Merdeka tahun 2008. pastu dah malas nak naik. duduk rumah diam-diam lagi best :D.
Dua orang yang berjaya mengheret FR ke Bukit Langat @ Ampang, Amirul dan Chan
Bukit Langat yang sesak dan dan kelihatan bunga api di Kuala Lumpur.
Sepanjang Minggu di Tahun Baru 2010
Permulaan Tahun Baru agak baik bagi FR, coz hari pertama jer dah dapat projek baru untuk Arredza Enterprise. So, alhamdulillah dapat diselesaikan dengan baik. Kemudian kerja di ofis seperti biasa. dan beberapa hari lepas sesuatu telah berlaku. Berlaku salah faham dengan customer. Alamak, tak best betul. Baru nak berazam tahun ni nak beri yang terbaik. Takpelah, masa masih panjang kan. Anyway, FR cuba baiki apa yang kurang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan