Ahad, Ogos 21, 2011

How Fast To Begin Making Money Online

How Fast To Begin Making Money Online: How fast you need to begin making money by online marketing? That�s what I make now! Here is a short tips quick and easy way to start making money immediately.

Selasa, Oktober 19, 2010

Malam Bicara Santai dan lepak minum dengan Abang Abu dan Abu Bakar (Raihan)

Salam, Sabtu lepas aku ada kerja. Jadi crew Bicara Santai Bersama Abang Abu dan Irfan Khairi kat Vistana Hotel, KL. Dah beberapa kali Azran invite aku jadi crew. Memang seronok jadi crew Jutawan-Jutawan ni. Malam tu ramai orang datang dekat 200 orang sampai tempat duduk dah tak muat. Ketika seminar berjalan, abang Abu mulakan talk tentang kewangan. Dr IK lambat sampai sebab sedang perjalanan dari Ipoh, ada program Anda Layak Berjaya bersama crew Peoplepreneur Business School. Dahsyat betul Dr IK sebab pagi hari sabtu hari tu Dr IK berada di RTM dalam slot Apa Kata Wanita. Betul-betul kerja keras.

Dipertengahan preview ada 2 orang terkenal datang. Rasanya macam kenal. Rupanya penyanyai nasyid terkenal iaitu Che' Amran dan Abu Bakar dari kumpulan nasyid Raihan. So sempat la berkenalan, abang Bakar cakap dia dijemput oleh Abang Abu. Oleh kerana datang lewat, abang Bakar dan Che Amran kena berdiri. Kesian juga sebab abang Bakar sekarang dan bertongkat.
Gambar Abang Abu, Che Amran, dan Bakar dari Raihan
Selepas habis preview Bicara Santai, aku lepak minum dengan Azran, Hasryn, Abang Abu dan Danie kat Restoran mamak berdekatan Vistana Hotel. So banyak sharing dari abang Abu tentang perniagaan. Tak lupa juga abang Abu reveal yang dia 1 sekolah dengan abang Bakar dari Raihan. Tak lama lepas tu abang Bakar sampai. Abang Bakar hantar Che' Amran balik sebab anak tak sihat.
abang Bakar dari Raihan tengah lepak minum dengan we all. Gambar gelap tak nampak, snap pakai hanset murah huhu.

So malam tu lepak la kami berenam. Dr IK tak lepak sama coz esok pagi ada motivasi di Selamat Pagi Malaysia. Azran balik awal dulu kemudian Danie. Macam-macam cerita yang perkongsian dari 2 orang terkenal ni. Rupa-rupanya dah 25 tahun terpisah. Abang  Bakar reveal tentang kisah sebelum dia join Raihan, dia dulu rockers dan selalu jamming. Kemudian reveal kisah Abang Abu yang bagaimana dia jatuh basikal, dan bekas jatuh basikal masih lagi ada sampai sekarang.
So, abang Bakar menceritakan penerimaan orang Malaysia terhadap kumpulan nasyid Raihan, mungkin zaman nasyid Raihan agak suram sejak kebelakangan ni. tapi kalau nak tau Raihan sangat popular kat luar negara. Raihan pernah mengadakan persembahan live di Royal Albert London. Satu kebanggan untuk rakyat Malaysia. Yang kita duk tau Siti Nurhaliza je buat persembahan kat situ. Selain London, Raihan juga pernah buat persembahan di France, Sweden, Australia, Argentina dan lain-lain lagi. dan setiap persembahan tidak kurang 10,000 penonton yang hadir begitu hebat penerimaan Raihan. Raihan juga catat rekod jualan album sebanyak 7000,000 unit. Begitu hebat pencapaian Raihan yang kita tak tau.Kalau tau pun buat-buat tak tau kot.

So malam tu kata sepakat telah dicapai. Abang Abu akan join venture dengan Raihan untuk beberapa projek. Anyway tahniah abang Abu dan Abang Bakar. we all lepak sampai pukul 430 pagi. Pagi hari abang Abu akan bertolak balik ke Singapore untuk program.

Rabu, Ogos 04, 2010

Dah Lama tak Blogging kat sini

Salam,
Setiap kali tulis entri mesti tajuk yang sama, 'dah lama x tulis blog or blogging' hehe... anyway hari ni aku tengah setup 2 blog self-hosted n wordpress aku. FaisalReza (dot) Com, Arredza Network dan buat 1 laman web Internet Marketing Arredza.com. Projek blog dan laman web ni dah lama sebenarnya nak buat. tapi asyik bertangguh entah sampai bila aku nk amalkan sikap suka bertangguh.

Hari tu FaisalReza (dot) Com dan Arredza.com hampir expired sebab tak renew... tak pasal-pasal kena bayar lebih untuk reactivate dua2 domain ni.... huhu... anyway ada banyak lagi projek laman web yang tertangguh macam NotaJutawan.com, dan Detoxkaki.com. takpelah mula pelan2. huhu.

so tadi siang sehari suntuk menggodek tiga2 laman web b blog tu inilah hasilnya seperti di bawah... blm siap sepenuhnya.

 Inilah Blog FaisalReza.com sebenarnya nak guna blog ni untuk Internet Marketing ;-). Klik pada gambar untuk terjun ke blog FaisalReza.com

 Content asal blog ini adalah FaisalReza.com dan dah dipindahkan segala data-data ke Arredza Network. yang ni pun klik pada imej kat atas untuk pergi ke blog di atas

 Ini adalah laman wed Arredza.com Arredza Internet Marketing. Klik Pada imej k


Ketiga-tiga laman web/blog kat atas ni adalah menggunakan Wordpress 3.0 so far Wordpress ni mcm2 blh buat, Blog, Minisite, Website, Kedai Online and otehr more. memang puas hati guna wordpress ni sebenarnya. Oklah that's all for today entri. Selamat Malam

Khamis, Mei 13, 2010

Dah lama x blogging

salam, dah lama rupanya aku tak blogging... tak kira la kat 1st blog aku yg berdomain iaitu FaisalReza.com mahupun blog ni... nak kata busy... hmmm... x bz sgt... cuma.. malas agaknya... rasanya cannot wait this happen... tgh planning nk bukak Blog baru Arredza.net... tunggu jer la n nantikan. Aku tulis petang-petang ni pun pasal tak nak kasi blog ni kekosongan sampai bila-bila.


Interface blog ni dah banyak kali tukar.... sentiasa rasa tak sempurna. and again.... blog ni bertemakan warna merah hitam, warna Favourite aku... huhu.... oklah setakat ni tulisan ringkas. asalkan blog ni tak kekosongan

Rabu, Januari 20, 2010

Reunion oh reunion

Reunion..... dah lama aku tak terfikir pasal reunion. Baru-baru ni dalam Facebook, ada 1 gambar kelas ketika aku tingkatan 5 dulu, gambar ni di tag oleh kawan kelas aku kepada classmate yang lain termasuk la aku. So, dalam kena tag tu banyak la komen2 dari member2 kelas dulu.

Aku pun jadi tukang komen yang paling rajin. Kebanyakkan member2 kelas dah lama tak jumpa lebih 8 tahun. tiba-tiba timbul plak idea nak buat reunion. Reunion ekk?? ah lantak la, yang penting aku tau datang makan tido, borak-borak pastu balik kah3x... anyway dalam masa yang sama boleh la amik tau perkembangan classmate and promote bisnes aku. So, far mmg aku malas nak jd penganjur.... byk keje lg aku leh wat.


inilah gambar kelas aku sewaktu aku berada di tingkatan 5 Ibnu Qayyim, Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang 2002. Cuba teka aku kat mana? hehehe
*gambar kelas ni diambil pada hari Jumaat, sebab tu semua lelaki pakai baju melayu, wajib!!!

tapi.... tak pasal nama aku naik jadi ketua penganjur, then pastu disokong sebulat suara plak tu oleh classmate yang lain. adehhh... malas betul, kalau ikutkan nak jer aku tolak, tapi memandangkan besar sungguh harapan mereka untuk aku handle reunion kali ni, Reunion kali ni just untuk classmate aku seramai 28 orang. malas nak buat ramai2 sampai satu tingkatan sampai seratus lebih orang mmg confirm aku awal2 lg aku bg alasan bz banget.... hohoho

so, secara rasminya aku telah dilantik jadi pengerusi reunion kali ni, jd aku dah restrict 10 rule untuk reunion (aku belajar dari someone yg suka bg aku 10 reason yang menyusahkan aku). Antaranya kesemua ex-classmate WAJIB datang, dan skurang-kurangnya 20 orang datang ke reunion, jika tak, akan dibatalkan serta-merta, termasuklah tema pakaian adalah warna MERAH (har har har) memang aku suka kaler merahm jd tiada kompromi untuk kaler lain.

so, aku terus tetapkan beberapa tarikh kemungkinan reunion.... sekitar bulan 5 atau bulan 6 (banyak cuti). dan beberapa tempat reunion yang berkemungkinan seperti KL, Melaka, JB, Port Dickson, Kluang, Bandung (saper yang suggest ni mmg tak boleh blah).

jadi begitulah lebih kurang kisah reunion ku pada kali ini.....

Preview Storm Readers malam tadi


Malam tadi aku pergi ke preview Storm Readers atasa jemputan melalui email dari Dr Irfan Khairi. Storm Readers ni merupakan MLM baru. Marketing plan berteraskan syariah. Ahli Panel ustaz Zahazan dan ustaz Zaharuddin wahhh... kalau dah 2 orang panel penyemak dah tentu la takde was2 sangat MLM ni.

Produk untuk Storm Readers ialah..... buku... yup buku-buku keluaran Telaga Biru. Dr Irfan merupakan antara penulis-penulis buku-buku Telaga Biru. Antaranya Nota Jutawan Nota Motivasi dan Nota Jutawan Nota Perniagaan. So far, aku dah baca dah buku ni n khatam beberapa kali, buku ni memang best. sebab orang nya pun best.

Telaga Biru memang tak asing lagi (kalau korang minat baca buku, kalau x minat mmg taktau). Penulis-penulisnya memang dasyat2 antaranya Dr Fadzilah Kamsah, Dato Ismail Kamus, Ustaz Zaharuddin, Ustazah Bahyah dan lain-lain termasuk Dr Irfan Khairi sendiri.. Anyway banyak buku2 Telaga Biru aku miliki.

So far malam tadi memang ramai yang datang kat pejabat 7 Layer Training n Consultancy, Gombak. Tempat agak sempit mayb sebab time aku datang ramai orang. sampai ada yang berdiri termasuk la aku. Terserempak jugak la beberapa orang yang aku kenal... heheh kaki bisnes... biasa la.

Penerangan malam tadi agak membosankan sebab presenter utk 7 Layer ni adak slow, tggu2 Dr IK malam tu tak sampai2... ada yang kenal aku dari PBS hohoho terbangga plak aku. tapi bisnes ni agak menarik....

Kawan ofisku dapat bunga

Salam, aku tengah sibuk buat kerja kat ofis seperti biasa. Tiba-tiba kecoh plak ofis. ramai orang jerit "wwwooooooo". aku ingat apa, jadi aku yang tak tahu menahu ni ikut la sama2 jerit... hahaha... rupa-rupanya member ofis aku Syikin dapat bunga. Dari secret admire katanya, gila ahh...

Banyak betul kuntum dalam sejambak tu. Ada warna merah n kuning. kira2 8-10 kuntum. apa tandanya ek??? kekekeke.... so sempat aku snap beberapa gambar ikut hanset aku.


Inilah Syikin


Bunga hohoho

P/s : teringat kat kisah mungeee

Isnin, Januari 18, 2010

Tengok Wayanggg..

Kalau nak cerita pasal tengok wayang ni, aku bukan la kaki wayang sangat. kalau ikutkan sepanjang hidup aku di dunia ni, aku tengok wayang boleh dikira dengan jari tak termasuk jari kaki. Anyway last week aku dah tengok wayang 2 kali, (wah sudah ada kemajuan). Semuanya dek kerana tension ya amat.

So, last week aku tengok la hari Khamis cerita Sherlock Holmes. Aku tengok sorang-sorang jer sebab malas nak ajak orang.Time aku tengok minggu lepas agak ramai dalam panggung tu, 4 orang (hahaha ramai tak). N cerita Sherlock Holmes tak mengecewakan aku. memang aku minat sangat cerita2 bergenre penyiasatan dan detektif. Dalam cerita tersebut mengisahkan seorang penyiasat Lagenda yang sangat hebat. Jalan cerita agak laju tapi menarik dengan aksi2, sesekali aku bergelak sakan (walaupun ada 4 orang jer dalam panggung wayang tu)

Balik dari tengok Sherlock Holmes aku dah plan janji tengok wayang citer Adnan Sempit dengan member baik aku, Chan. Aku ajak dia sorang tapi rupanya dia ajak lagi member-member lain. so total 5 orang la. Aku book tiket online. Esoknya aku p Midvalley, aku tengok ramai orang beratur panjang beli tiket, ahhaha aku nak gelakkan jer. Apa la bodo penat2 beratur panjang2 hehehe. So aku pergi amik tiket kat counter booking.

So far, tgk Adnan Sempit woooww sangat best wooo... bergelak sakan sepanjang cerita. Shaheizy Sam memang best. tambah plak Along Cham, Cat Farish. Angah Raja Lawak menyanyi ikut tema cerita pun menjadikan cerita tu lagi menarik. Anyway cerita tu beri kesan tagline2 baru hehehe " I don't want banana fruit two times" ada lagi "Walaupun saya nampak ganas, saya rempit tapi dalam hati saya ada tamann..." kah3x lawak2... anyway... tonton la Adnan Sempit. Antara Filem Komedi Melayu yang terbaik setakat ni.













Tiket wayang Adnan Sempit

Rabu, Januari 13, 2010

Tahun Baru 2010

Salam, dah seminggu rupanya Tahun Baru 2010 menjelma, hari ni 10 Januari 2009 2010. Seminggu berlalu bagaikan langsung tak dirasai. Dah masuk hari ke-10 tahun baru baru nak teringat update Blog ni. huhuhu. Anyway rasanya tak terlewat untuk FR ucapkan Selamat Tahun Baru tahun 2010. Slogan FR sempena tahun baru hari tu “Tahun Baru, Hari Baru, Semangat Baru”. Memang bersemangat FR sambut tahun baru 2010. 10 hari sebelum 2010 dah listkan azam-azam baru termasuk azam-azam tahun 2009. Secara ironinya tahun 2009, lebih 60% azam dan matlamat tak tercapai…. sedihnya. Jadi tahun ni masa untuk berubah.

Malam Tahun Baru

Malam tahun baru tak kalau ikut perancangan takdelah nak kemana-mana, jauh sekali nak sambut tahun baru kat KLCC, Dataran Merdeka, Bukit Bintang mahupun tempat-tempat sewaktu dengannya. Duk rumah lagi best apa. Tepat jam 10.30 tiba-tiba ada orang call. Oooo… member kampung FR telefon ajak naik ke Bukit Langat @ Bukit Ampang. (Bukit yang boleh nampak view 1 KL. Bukit tu atas bukit area rumah FR. Penduduk tempatan panggil Bukit Langat berbanding Bukit Ampang). So, fikir-fikir, takpelah, why not, naik Bukit Langat sambut Tahun Baru.

11.30 dah naik, seperti yang dijangka, kat atas tu memang sesak. Seperti tahun-tahun lepas jugak, tak kira Merdeka ke Tahun baru ke. Memang pack sampai kereta tak boleh lalu. Last FR sambut Merdeka @ New Year kat atas ni ialah Merdeka tahun 2008. pastu dah malas nak naik. duduk rumah diam-diam lagi best :D.

Chan dan Amirul

Dua orang yang berjaya mengheret FR ke Bukit Langat @ Ampang, Amirul dan Chan

Malam Tahun Baru di Bukit Ampang

Bukit Langat yang sesak dan dan kelihatan bunga api di Kuala Lumpur.

Sepanjang Minggu di Tahun Baru 2010

Permulaan Tahun Baru agak baik bagi FR, coz hari pertama jer dah dapat projek baru untuk Arredza Enterprise. So, alhamdulillah dapat diselesaikan dengan baik. Kemudian kerja di ofis seperti biasa. dan beberapa hari lepas sesuatu telah berlaku. Berlaku salah faham dengan customer. Alamak, tak best betul. Baru nak berazam tahun ni nak beri yang terbaik. Takpelah, masa masih panjang kan. Anyway, FR cuba baiki apa yang kurang.